Saturday, 15 June 2013

6 bulan terakhir di Bintulu....


........UPM Bintulu Sarawak, blok H, dalam bilik tv, bersama roomate yang sibuk membaca majalah Cleo.

Assalamualaikum semua
Hey, sorry lah sekarang ni dah lama tak mengupdate blog. Yes you guess it right. Dekat sini line internet takdelah laju sangat mcm dekat rumah. So, kemalasan untuk menaip blog semakin bertambah.

Anyway......
Kalau korang nak tahu, saya dah berada di tahun terakhir upm bintulu iaitu semester lima. Lagi 6 bulan saya dekat Bintulu. Lepas ni insyaallah praktikal di Thailand.


Photo
Muka excited dah final year.

Untuk junior junior ikan semester tiga and satu goodluck eh! Untuk semester satu, have fun belajar berenang hihi. Best tau berenang walaupun kena sun burn. And untuk semester tiga, good luck jaga ayam waktu puasa. Penat gila jaga ayam seriously akak cakap. Sabar jelah eh. Semester tiga ni memang susah sikit.

And untuk budak budak blok H(Odonata), bye bye nanti akak Sara dah takde hehe. Sunyi lah korang lepas ni takde akak. Hahaha k poyo. 


Gambar hampir sama macam di atas.

Okaylah saya nak share sikit gambar waktu saya berada di semester satu dulu-dulu. Hehehe...

Hari pertama datang Bintulu bersama mak dan Hajar.

Lepas dah masuk UPM, dapat lah pulak nama blok dari akak-akak senior blok H. 

Dulu nama blok saya Limah Joe. Thanks lah eh kak mida sebab bagi nama ni haha.

Disebabkan kitaorang ni student ikanssss, kitaorang kena hadir kelas renang :-)

Minggu pertama pergi berenang... Waktu ni kitaorang skip minggu orientasi sebab sabtu dan ahad kelas renang. Kelakar je kalau ingat balik waktu kitaorang berenang haha.


Photo: Yeay last semester in upm

Okay lah. Saya malas nak upload banyak sangat gambar. Bukannya menarik pun gambar yang saya share ni. Harap harap minggu orientasi tahun ni best macam tahun lepas. K lah ciaooo and have fun reading  :-)



Kbai semua and Assalamualaikum

Monday, 3 June 2013

Stellar bazaar starry starry night

Assalamualaikum. 

Hari ni saya nak kongsi pengalaman saya pergi Stellar bazaar di Red Bungalow.
Kalau orang yang tak biasa pergi dekat tempat tempat mcm ni, selalunya diorang jual mcm-mcm baju seluar tudung kasut. Macam bargain sale pun ada. 

Saya suka pergi tempat tempat macam ni. Banyak yang murah hehe.

Stellar bazaar di Red Bungalow.

Tadaaaa.... banyak kan baju baju kat sini. Rambang mata seh.

Saya pergi sini bukan dengan kawan. Bukan dengan boyfriend. Tapi saya pergi dengan......
Yes dengan mereka, abang Khair dan adikku Hajar. 


Jom kita tengok apa yang ada dekat Stellar bazaar. Saya tunjukkan some pictures k.
Yang ni barang free. Best wei saya main amik je barang free ni. Yeay.

Bella, kawan sek Tunku Ampuan Durah batch 2010

Jumpa pulak kawan lama dekat situ. Terkejut den ada orang tegur terus peluk dari belakang. Pape pun sempat teman dia beli barang bargain. Heehehe.

Okay thats all for today. Malas nak tulis banyak-banyak. 
Kepala dah pening nak karang ayat. Hesh.

Papepun, saya dapat banyak baju dekat sana. Yeay thanks Stellar :-)

Ceh gambar kitaorang masuk instagram orang lain hahahaha malu jer. K lah bye....

Assalamualaium readers.


Kbai semua and Assalamualaikum